Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Wajah seorang Guru Besar

Imej
Tuan Haji Che Azmi Mohd Nor merupakan Guru Besar SK Limau Kasturi. Beliau kelihatan seperti teruja dan terharu dengan kehadiran rombongan dari UKM. Orangnya pendiam namun memiliki pengalaman yang luas dalam dunia pendidikan di Kelantan. Menurut tuan haji, beliau akan bersara setahu setengah lagi.Namun bayangkan ketika banjir melanda SK Limau Kasturi beliau terperangkap dengan hanya berkain  pelikat. Guru Besar ini dalam trauma ketika itu kerana bukan sekolahnya sahaja yang dilanda banjir tapi rumahnya di Kuala Krai turut ditimpa bencana banjir. Cikgu Che Azmi terputus hubungan dengan isteri dan anak-anak. Inilah pengorbanan seorang guru dan seorang ayah serta suami. Kita mampu menerima cerita ini tapi kesan kepada mangsa masih terkesan hingga kini.  Ketika berucap guru yang bersemangat waja ini tidak henti-henti bersyukur dengan rahmat Allah yang diberikan menerusi UKM....

Masih ada kemudahan yang diperlukan

Imej
Ketika  sampai di SK Limau Kasturi pada 18 april 2015 saya mengambil peluang melihat kesan banjir kuning di Kelantan. Masih terdapat bilik darjah yang belum ada kerusi. Pelajar yang tinggal di asrama masih belum ada katil. Mereka tidur di atas tilam. yang dibentangkan tas lantai simen. Namun purata sekolah telah bersih jika dibandingkan dengan keadaan semasa Misi bantuan banjir UKM datang untuk kerja-kerja pembersihan. Pusat Sumber SK Limau kasturi telah pulih sepenuhnya setelah dibaik pulih oleh pasukan sukarelawan UKM. SK Limau Kasturi telah pulih. Namun kesan banjir masih ada. Sebahagian rak buku sumbangan UKM

Air mata dan keringat guru

Imej
 Ketika tengahmalam di Panggung Seni UKM ramai antara orang telah dibuai mimpi di kamar tidur, saya bersama ahli sukarelawan UKM telah bergerak memasuki lebuhraya menuju ke Gua Musang Kelantan. Malam itu hujan lebat dan mengukirkan nostalgia banjir kuning di Kelantan. Sepanjang perjalanan ada yang tidur ada yang masih berbual sedangkan jam sudah tiga pagi. Ketika Subuh kami selamat tiba di Gua Musang. Setelah selesai menunaikan tanggungjawab bas UKM bergerak masuk ke Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi. Sekolah yang terkenal dalam drama Cikgu Limau Kasturi (lakonan Allahyarham Harun Salim Bacik). Drama yang mengangkatkan kerjaya seorang guru di sekolah pedalaman.  Bas UKM tiba di perkarangan SK Limau Kasturi dengan sebuah lori yang membawa muatan buku, komputer dan rak-rak buku. Kami tidak disambut oleh Cikgu Halim (watak dalam drama ) Kerana ia hanyalah watak hayalan penulis. Kami juga tidak disambut oleh Lebai Lazin kerana ia hanyalah lakonan dalam